R.U.M.A.H.
Research
for the Understanding
of Malay
Architectural
Heritage
Nama
RUMAH
dipilih bagi menunjukkan bahawa penyelidikan ini memberi tumpuan
kepada Rumah Melayu. Inisiatif ini akan diberikan kepada usaha
dokumentasi Rumah Bumbung Panjang yang merupakan rumah tradisi awal
yang kini di ambang kepupusan.
Kami
sedia maklum bahawa banyak pihak khususnya Institusi Pengajian Tinggi
dan Organisasi Kerajaan telah melaksanakan usaha membuat
penyelidikan, pendokumentasian dan pemuliharaan warisan rumah Melayu.
Sebagai contoh KALAM (UTM), KUTAI (UiTM Seri Iskandar), Jabatan Seni
Bina, Politeknik dan Jabatan Warisan Negara mempunyai strategi dan
usaha yang sistematik bagi menyelamat, melindungi dan memulihara
Warisan ini. Maka usaha RUMAH
hanyalah
sekadar inisiatif kumpulan kecil peminat warisan seni bina Melayu
untuk memenuhi keinginan untuk mendalami dan lebih memahami jati diri
dan roh Melayu melalui warisan seni bina rumah Melayu.
No comments:
Post a Comment